Tuesday, February 1, 2011


glitter-graphics.comBabak 1 : Pagi yang Suram

Matahari mula menyinari bumi, daun-daun dibasahi dengan embun pagi, udara menjadi sungguh nyaman. Tiba-tiba, Alia terjaga dari tidurnya. Dia melihat ke arah jam locengnya. Jam menunjukkan sudah pukul 7:30 pagi. Nasib baik hari ini hujung minggu, jadi Alia tidak pelu pergi ke sekolah. Alia bingkas bangun dari katilnya dan mengemas katilnya. Kemudian, dia mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Wajah Alia agak sugul hari ini. Sepatutnya, dia gembira kerana hari cuti pasti dapat meluangkan masa dengan keluarganya. Rupa-rupanya disebabkan ayah dan ibunya terpaksa pergi ke luar negeri dalam masa dua minggu. ayah Alia merupakan Pengurus Restaurant yang terkenal. Ibunya pula membuka butik. Oleh disebabkan terlalu sibuk, merea jarang dapat pulang ke rumah. Alia sebenarnya lebih suka pergi ke sekolah dari duduk di rumah. Di sekolah, dia ada kawan-kawan yang boleh dia luahkan perasaannya. Kalau duduk di rumah, selalu diejek dan dibenci oleh abang dan kakaknya. Ini kerana hanya dia yang tidak perlu mencari duit. Alia merupakan anak bongsu dalam keluarga. Dia masih berada di Tingkatan 4. Jadi, abang dan kakaknya selalu mengejek yang dia anak emas dan bersikap mengada-ngada. Alia sungguh hairan dengan adik-beradiknya.Mengapa sebelum ini mereka tidak pernah mengejek adik adik mereka yang lain. Mengapa dia seorang sahaja?Persoalan itu yang selalu menjadi tanda tanya dalam dirinya.Alia sering menangis.Setiap kali dia diejek, dia akan naik ke biliknya dan menangis seorang diri.Dia akan lebih berasalega jika dia menangis.Kadang-kala,dia merayu simpati kepada orang gajinya, iaitu Makcik Munah. Makcik Munah faham akan perangai kesemua ahli keluarga tersebut, dia telah bekerja di situ sejak sebelum abang sulung Alia lahir lagi.